Kos Bisnes Yang ANDA Wajib Kuasai

“Memang sales saya sebulan 6 angka”.

Pernah tak kita dengan bos-bos atau owner bisnes cakap macam tu?

Dia tak sedar yang sebenarnya yang kos dia pun sebenarnya 6 angka jugak. Ramai yang terlepas pandang bab kos ni sebab ramai yang tumpu kepada untung saje.

 

Berapa harga saya nak jual?

Jom kita study balik apa kos-kos produk yang perlu diambil kira dalam menentukan harga jualan, sekaligus kita dapat estimate berapa jualan yang kita perlu buat secara harian, mingguan, dan bulanan.

3 Jenis Kos

Kos pertama ialah kos tetap merangkumi; sewa premis, bil utility (elektrik, air, internet, Astro, Coway, Capcut, Canva, Windows, Microsoft Office dll), dan STAF. Kenapa kami merahkan dan boldkan perkataan staf tu?

Jawapannya ialah…

Kita sebagai owner atau bos bisnes perlu ambik gaji. Kalau tak ambik gaji buat apa buat bisnes, baik buat badan Kebajikan. Ramai orang silap paham yang untung tu la gaji bos. SILAP TU. Untung tu setelah ditolak semua kos akan masuk ke akaun Syarikat, bukan akaun peribadi. 

Jadi tak timbul lagi soal ambik duit Syarikat apabila duit sendiri tak cukup. Misalnya beli Iphone 15 Pro MAX tapi dalam akaun tulis company expenses. Mana boleh macam tu. Kalau asyik ambik duit Syarikat, mana Syarikat nak ambik duit nak rolling modal dan bayar overhead. Syarikat juga perlukan modal untuk next project nanti.

Variable Costs

Kos kedua pula adalah variable cost merangkumi; minyak dan tol, hiburan, dan marketing. Minyak dan tol rasanya semua orang paham la kan, kos yang digunakan apabila menggunakan kenderaan untuk menjalankan bisnes. Hiburan pula merangkumi hadiah atau makan di restoran melibatkan client sedia ada mahupun client baru semasa kita pitching ideas atau propose projek. Ini bukan rasuah tau, meeting pun mesti ada makan, paling kurang pun kueh, mihun, dan teh atau kopi. Tu pun kos tau, jangan pakai duit sendiri!.

Marketing

Seterusnya adalah marketing. Majoriti owner atau founder tidak pentingkan sangat pasal marketing ni. Mereka fikir sekadar live atau post kat medsos sudah cukup. Ada ada la takde nak buat macam mana. Mentaliti sebegini akan mengakibatkan bisnes susah nk survive dan sustain kerana bisnes susah nak buat sales.

 

Paid Ads

Marketing yang kami maksudkan  di sini ialah paid marketing atau iklan berbayar. Kosnya memang tinggi iaitu 20% dari keseluruhan kos bisnes tetapi ianya berbaloi dengan harga yang dibayar. Antara kelebihan paid marketing ialah kita boleh filter kita punya target audience berdasarkan negeri, jantina, umur, pekerjaan, dll. 

Sebagai contoh apabila dah tiba minggu gaji, kita dah boleh mula buat paid marketing untuk produk kita, misalnya tudung plaited, focus kepada Wanita, berumur 25-40 tahun, kerja Kerajaan, dan tinggal tinggal di Lembah Klang. Perlu diingatkan bahawa target audience berbeza mengikut medium social media. Facebook lain targetnya, tiktok lain targetnya. Ada orang cakap yang facebook dah sendu dan slow berbanding tiktok.

Anda Silap !!!

Facebooklah tempat orang-orang yang dah pencen suka bukak, they have money and they are willing to spend. Ingat tu.

Tiktok pulak tempat remaja dan dewasa yang baru start kerja suka spend masa kat situ. Jadi tengok produk kita dan tengok market kita. Ada yang sesuai marketing kat fb dan ada yang sesuai di tiktok.

 

Kos Produk

Kos ketiga pula ialah kos produk merangkumi; kos produk tu sendiri, kos shipping, dan cukai.

Berdasar contoh di atas, tudung dijual dengan harga RM50 dan kos adalah RM20. Selling profit dikira dengan harga jualan tolak kos produk. RM30 adalah selling profit iaitu 60%. Jom kita tengok untung ke rugi sebenarnya kalau ikut formula di atas.

Kita perlu tetapkan gaji sendiri pada peringkat awal jualan dan bukannya setelah produk dijual. Daripada RM30 tu, tolak 10% untuk gaji, tolak 20% untuk marketing, tolak 20% untuk overhead, dan tolak 15% untuk kos trip, keseluruhannya 65%. Jadi untung 60% tadi tolak kos jualan 65% Bersamaan -5 % atau negative RM2.50. Ini bermakna untuk setiap helai tudung yang anda jual, sebenarnya anda rugi RM2.50. Itu baru sehelai, bayangkan kalau 100 helai.

Gambar di atas adalah formula ringkas untuk menentukan harga jualan. Jumlahkan semua kos (bukan hanya kos produk, termasuk juga gaji sendiri) dan tentukan untung Syarikat. Kos jualan ialah RM35 + RM10 untung = RM45 (harga terendah yang kita boleh jual.

Biasanya kami pakai formula kos produk X 3. Dalam kes ni, kos produk ialah RM20 X 3 = RM60. Bermakna anda perlu jual sehelai tudung dengan harga RM60 untuk buat duit. Kalau anda kreatif dengan packaging dan add-on seperti bagi packaging yang premium dan Nampak ekslusif, serta tambah batu Swarovski, anda boleh mark up lagi dalam RM20. Jadi anda boleh jual dalam RM80. Kalau betul targetnya dan betul marketingnya, ramai yang akan beli dan they are willing to spend.

Gaji Sendiri

Berdasarkan case study di atas, jika anda tetapkan gaji anda adalah RM2 Ribu sebulan, anda perlu menjual 400 helai tudung sebulan, atau 100 helai tudung seminggu, atau 13 helai sehari. Formula ini boleh berubah sekiranya anda tetapkan harga lebih tinggi, jadi Kuantiti yang perlu dijual juga dapat dikurangkan. Anda sendiri fikir dan tentukan boleh tak jual 400 helai tudung sebulan.

PERHATIAN. KHAS BUAT ANDA. YA, ANDA!!!

PERHATIAN! PERHATIAN! PERHATIAN!

SEMINAR BORONG VIETNAM 

Tarikh : 4 Mei 2024 (Bangi, Selangor) 

1 Jun 2024 (Johor Bahru) 

Waktu : 9 pagi – 4 ptg 

Yuran : Normal price RM199 ❌❌❌

  – PROMO RM79 seorang 

(termasuk makan sepanjang seminar) 

Jika berminat boleh daftarkan diri di link berikut: https://bit.ly/seminarborongvietnam2024 

Atau PM kami no telefon anda untuk kami hubungi.

PROMO RAYA sehingga 12 April 2024 sahaja. 

P/S: Kami akan share semuanya pada anda dan jika anda rasa tak belajar apa-apa, kita refund 100% wang anda – Itu janji kami.

FAKTA: Seramai 200 orang usahawan telah kami bantu (Idea, konsep, marketing, pencarian produk & bisnes start up) sepanjang tahun 2023

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *