3 Cara Shipping
Shipping! Apa yang peserta perlu tahu mengenai shipping? Untuk pengetahuan semua, barangan yang telah diborong boleh dibawa pulang melalui tiga cara iaitu:
i-Luggage Check-in
ii-Kargo Udara
iii-Kargo Laut
Apa perbezaan dan kelebihan setiap cara tersebut? Kami akan terangkan satu persatu.
Luggage Check-In
Kaedah paling biasa yang selalu digunakan ialah luggage check-in. Ia sesuai kepada peserta yang baru berjinak-jinak dalam perniagaan atau baru buka kedai. Barangan yang dibeli adalah dalam kuantiti yang kecil iaitu sekitar 60kg ke bawah. Namun perlu diingatkan bahawa luggage check-in mempunyai had berat dan ia berbeza mengikut syarikat penerbangan.
Had Berat
Syarikat Penerbangan | Had Berat (KG) |
Air Asia | 60 |
MAS | 30 |
Malindo* | 25 |
*Sudah tidak beroperasi.
Kelebihan Check-In
Kelebihan luggage check-in ialah peserta boleh terus membawa pulang barangan yang telah dibeli tanpa menunggu tempoh penghantaran yang lama. Bawa balik dan terus jual! Apa yang dirisaukan adalah cukai di airport. (Cukai akan dikutip di tempat kita landing dan bukannya di tempat kita membeli).
Mengikut law kastam, maksimum sepasang pakaian sahaja dibenarkan tidak dikenakan cukai (mengikut hari kita stay di situ). Jadi, berdoalah supaya anda bukanlah insan yang terpilih kerana mereka akan memilih penumpang secara random untuk discan.
The Chosen One?
Ingat, jika anda merupakan the chosen one, gunalah budi bicara anda untuk memujuk pegawai tersebut dan minta diskaun. Jika dikenakan cukai sekitar 200 atau 300 ringgit, bayar je. Jangan pulak cuba jadi Mat Kilau kat situ, dibimbangi yang sepatutnya bayar 200 je, bila Kak Long keluar masa tu dah takde tolak ansur dah. Terpaksa bayar 1500!
Tips Luggage
“Lebih baik bawak banyak luggage kecik daripada bawak satu luggage besar”.
Digalakkan bawa cabin size atau M. Beg-beg besar daripada gate yang sampai dari tempat shopping seperti Ho Chi Minh, Bangkok, Bali dan sebagainya akan menjadi tumpuan para pegawai. Jika anda berbadan kecil dan bawak luggage yang besar, Bersiap sedialah menjadi the chosen one!
Saiz Luggage – Digalakkan Bawa Saiz Cabin
Kami juga galakkan para peserta untuk membawa backpack, duffel bags, rolling suitcase, atau travel tote. Selain menjimatkan ruang (lipat sahaja atau letak dalam beg lain kalau tak pakai), beg-beg tersebut juga tak menampakkan secara ketara yang kita baru lepas shopping kaw-kaw kat Vietnam.
3 Jenis Luggage Yang Sesuai Dibawa
Tips: Elakkan dari menggunakan beg guni atau kotak untuk luggage check-in.
Kotak dan Beg Guni Memudahkan Anda Menjadi The Chosen One
Kargo Udara
Kaedah kedua ialah penghantaran secara kargo udara. Kaedah ini adalah paling sesuai kepada peserta yang memborong tudung, baju kurung, kurta, pakaian kanak-kanak dalam kuantiti sederhana.
(Sekitar 50 ke 150kg).
Kadar Berat dan Bayaran
BERAT | HARGA/KG | DURASI |
30-50 KG | RM14 |
3-5 HARI |
51-70 KG | RM13 | |
71-100 KG | RM12 | |
101-150 KG | RM11 |
Kadar Bayaran Kargo Udara
Kelebihan kaedah ini adalah kos shipping termasuk segala cukai. Anda hanya perlu tunggu di rumah atau kedai Sahaja. Tak perlu pening-pening kat airport “Janganlah aku jadi insan terpilih”. Peace of mind pun penting! Bayar pun bukan on the spot, bayar sehari selepas shipping ya.
Muat Berapa Banyak?
Untuk rujukan,1kg adalah berat 3 pasang baju kurung atau t shirt cotton, sepasang telekung ialah 500 gram bergantung pada material. 10 helai tudung chiffon adalah sekitar 1.5 kg. 2 bagpack dan 3 kain pasang seberat 2kg. Jadi bayangkan berapa banyak barang yang anda boleh borong. 50kg merangkumi 150 pasang baju kurung dengan harga maksimum RM14 sahaja sekilogram.
Kargo Laut
Kaedah ketiga ialah kargo laut. Ia sesuai untuk peserta yang memang ada kedai atau Gudang, yang memang dah lama berkecimpung dalam bisnes, dan merupakan pembekal kepada kedai-kedai lain. Barangan yang dibeli adalah dalam kuantiti yang sangat besar dan tidak sesuai jika nak guna luggage check in atau kargo udara.
Bayaran yang dikenakan adalah bergantung kepada saiz packaging barangan (dikira per 1 cubic meter) dan juga lokasi penghantaran. Sebabnya, ada kemungkinan penghantaran terpaksa dilakukan dua kali. Misalnya penghantaran dari Ho Chi Minh ke Kuala Lumpur, dan kemudiannya dihantar ke Kota Kinabalu atau Tawau (kedua-duanya mempunyai caj).
Saiz 1 Cubic Meter
Harga
Harga kos adalah RM1200 per 1 cubic meter termasuk segala kos penghantaran dan cukai. Barangan akan dihantar terus ke rumah atau Gudang dan mengambil masa kira-kira 10 hingga 21 hari (maksimum 3 minggu).
Bayaran perlu dilakukan setelah shipment tiba di pelabuhan dan courier akan hubungi anda untuk memakluman jumlah yang perlu dibayar dan bila barang akan dihantar.
Contoh Pengiraan Menggunakan Kargo Laut
Jangan keberatan untuk bertanya kepada kami tentang kaedah penghantaran yang paling sesuai. Dengan pengalaman lebih 10 tahun memborong di Vietnam, kami akan pastikan tuan puan membawa pulang produk anda dengan selamat. Kami juga akan memberi bimbingan berhubung cara nak menjual dan market produk supaya bisnes anda boleh buat duit.
PERHATIAN. KHAS BUAT ANDA. YA, ANDA!!!
PERHATIAN! PERHATIAN! PERHATIAN!
SEMINAR BORONG VIETNAM
Tarikh : 4 Mei 2024 (Bangi, Selangor)
1 Jun 2024 (Johor Bahru)
Waktu : 9 pagi – 4 ptg
Yuran : Normal price RM199
– PROMO RM79 seorang
(termasuk makan sepanjang seminar)
Jika berminat boleh daftarkan diri di link berikut: https://bit.ly/seminarborongvietnam2024
Atau PM kami no telefon anda untuk kami hubungi.
PROMO RAYA sehingga 12 April 2024 sahaja.
P/S: Kami akan share semuanya pada anda dan jika anda rasa tak belajar apa-apa, kita refund 100% wang anda – Itu janji kami.
FAKTA: Seramai 200 orang usahawan telah kami bantu (Idea, konsep, marketing, pencarian produk & bisnes start up) sepanjang tahun 2023