3 Hari 2 Malam: Lama Ke Kejap?
Ada peserta tanya, buat apa je kat sana, 3 hari 2 malam lama tuu. Haaa ni jawapannya. Ini tentative dan flow trip Borong Vietnam setiap bulan. Sama je setiap bulan kami punya tentative;
Satu Hari Sebelum Bertolak (Khamis)
Pada hari Khamis iaitu sehari sebelum bertolak, kami akan whatsapp para peserta untuk double check semua barang keperluan. Yang paling penting ialah passport yang sah laku lebih dari enam bulan, dan tiket mengandungi butiran peribadi yang tepat. Bukan bermaksud yang lain tu tak penting, tapi ada benda yang kita boleh beli kat sana kalau-kalau tertinggal (just in case). Contohnya charger, cable, pakaian, luggage, semua tu boleh beli kat sana nanti.
Hari Pertama (Jumaat)
HARI 1 JUMAAT
09:00 AM BOARDING FLIGHT AK526
10:00 AM TIBA DI TAN SON NHAT INTERNATIONAL AIRPORT
11:30 AM PASAR BORONG TAN BINH
02:30 PM NICECY BOUTIQUE HOTEL
04:30 PM LATE LUNCH
05:30 PM (SUPPLIER 1)
07:00 PM SAIGON SQUARE / SAIGON CENTRE
09:30 PM (SUPLLIER 2)
11:00 PM COFFEE
Apa Nak Buat?
Hari bertolak, kami akan whatsapp peserta pada pukul 4 pagi untuk bertanyakan status masing masing. Takut-takut ada yang tak bangun atau terlelap. Kami galakkan anda berwuduk siap-siap di rumah sebab kita akan berkumpul di lobi KLIA2 (Berhampiran Starbucks) pada pukul 6 pagi dan terus solat di surau (bersebelahan KK Mart).
Orang ramai dan sesak sebab ramai ambik flight pagi dan waktu Subuh pula singkat. Suraunya agak selesa dan luas tetapi agak crowded pada peak hours (Subuh dan Maghrib). Sebelum boarding pada pukul 9 pagi, peserta ada masa yang agak fleksibel. Jadi bolehlah minum kopi dulu, makan, tidur dll.
Kami galakkan peserta makan dahulu sama ada di terminal atau dalam penerbangan kerana sampai Sahaja di sana kita akan terus memborong. Cuaca pula agak panas dan susah nak cari makanan halal, yang ada hanyalah teh o ais sahaja sebagai alas perut. Kita akan heavy lunch pada pukul 4.30 petang.
Makan Dulu Ke Shopping Dulu?
Selepas memborong di Tan Binh, kita akan check in hotel untuk berehat dan solat sebelum lunch. Selepas lunch kita akan ke Supplier pertama. Kat sini peserta boleh memborong barangan ekslusif dengan harga premium. Maksudnya, barang kat sini kita target untuk market T20. Ada orang cakap mahalnya, borong apa kalau mahal? Tengok pulak kualiti dia macam mana dan target market kita. Bukan semua benda borong ni murah. Ada yang mahal. Niche setiap peserta berbeza-beza jadi tanggungjawab kami untuk handle semua jenis niche.
Di Saigon Square pulak, kat sini bukan untuk borong tapi untuk shopping barang sendiri. Ada beg, kasut, t shirt, dll. Kat sini barang ori tau. Sebelahnya pulak iaitu Saigon Centre, barang sebijik tapi copy untuk rakyat marhaen macam kita. Pada pukul 9.30 malam, kita akan ke Supplier 2 iaitu penjual kain pasang, baju kurung, dan tudung. Lebih kurang 11 malam, kita akan minum kopi sebelum balik hotel.
Hari Kedua (Sabtu)
HARI 2 SABTU
07:00 AM BREAKFAST IN BED
09:00 AM (SUPPLIER 3)
11:00 PM (SUPPLIER 4)
01:00 PM LUNCH / SOLAT ZOHOR DI MASJID AR-RAHIM
03:00 PM RUSSIAN MARKET
04:30 PM FREE & EASY
06:30 PM SUPPLIER LUGGAGE / LORONG KASUT
08:30 PM DINNER
09:30 PM FREE & EASY
Netflix & Chill
Untuk hari kedua, peserta akan dihidangkan dengan breakfast in bed, kami trainer akan bawak makanan ke bilik dan boleh enjoy makan sambil tengok Netflix. Pada pukul 9 pagi, kita akan ke S3 yang menjual telekung, tudung, jeans, jersi, dan kasut. S4 pula menyediakan kurta kanak-kanak, baju Melayu, telekung, dan jubah. Kat sini biasanya ambik masa 3 4 jam sampai Tuan Fadzli terpaksa azan.
Kemudian kita akan makan ayam panggang dan nasi hancur iaitu specialty masakan Melayu di District 1. Kita akan solat di Masjid Ar-Rahim iaitu salah satu masjid popular di bandar Ho Chi Minh. Selepas solat kita akan pergi shopping di Russian Market. Kat sini ada jual pakaian sukan, baju golf, winter jacket, luggage, kasut, baju formal, dan pakaian sukan berjenama. Selepas tu kita kan buat hal sendiri, biasanya ramai akan lepak di Malaysian Street minum kopi atau makan Pho di Restoran Jamilah. Selepas itu kita akan berkumpul di lobi hotel sebelum bertolak ke Lorong kasut.
Kat sana ada banyak pilihan kasut seperti kasut sukan, kasut larian, Air Jordan dan sebagainya. Harganya lebih kurang RM200, murah berbanding di Malaysia. Kita juga boleh beli luggae bermacam-macam saiz, warna, brand, dan design. Samsonite bawah 200 pun boleh dapat. Lepas tu kita akan makan siakap stim kat Malaysian Street dan buat hal sendiri balik. Biasanya free and easy belah malam peserta akan urut badan dan lepak di kedai-kedai yang ada kat situ. Yang penat boleh balik tidur. Tapi rugi la datang Vietnam tidur awal, Kat Malaysia pun boleh tidur, lepak la dulu, malam masih muda bro.
Hari Ketiga (Ahad)
Cukup Ke 3 Hari?
Terjah Pho Muslim Bersama Tuan Fadzli
PERHATIAN. KHAS BUAT ANDA. YA, ANDA!!!
PERHATIAN! PERHATIAN! PERHATIAN!
SEMINAR BORONG VIETNAM
Tarikh : 4 Mei 2024 (Bangi, Selangor)
1 Jun 2024 (Johor Bahru)
Waktu : 9 pagi – 4 ptg
Yuran : Normal price RM199
– PROMO RM79 seorang
(termasuk makan sepanjang seminar)
Jika berminat boleh daftarkan diri di link berikut: https://bit.ly/seminarborongvietnam2024
Atau PM kami no telefon anda untuk kami hubungi.
PROMO RAYA sehingga 12 April 2024 sahaja.
P/S: Kami akan share semuanya pada anda dan jika anda rasa tak belajar apa-apa, kita refund 100% wang anda – Itu janji kami.
FAKTA: Seramai 200 orang usahawan telah kami bantu (Idea, konsep, marketing, pencarian produk & bisnes start up) sepanjang tahun 2023
Lokasi Seminar : Waze atau Google Masjid Al-Umm, Bandar Baru Bangi.