Kepentingan Insurans Perjalanan
Untuk semua yang ke luar negara, khususnya yang follow trip Vietnam, kami sangat sangat sarankan supaya anda beli travel insurans.
Untuk peserta trip, travel insurans sudah termasuk dalam pakej yang anda ambik.
KENAPA?
Supaya anda ada coverage sekiranya berlaku kejadian yang tak diingini ketika anda berada di luar negara, misalnya sakit atau kemalangan. Paling kurang pun beli la Air Asia punya insurans. Apa kelebihan insurans Air Asia ni?
Cover Medical
Cashless
Jadi sekiranya berlaku apa-apa kat tuan tuan puan puan kat sana, tuan puan boleh proceed pakai GL je. Insurans akan cover kos perubatan anda beserta bayaran mengikut hari anda berada di wad. Anda tak perlu risau lagi pasal bayaran, boleh berehat dengan tenang.
Ada satu kes baru baru ni, sahabat kami juga seorang ejen pelancongan terkena strok dan terpaksa dimasukkan ke dalam wad. Kos perubatan selama satu minggu dianggarkan kira kira RM10 ribu. Banyak tu tuan puan.
Insurans Air Asia juga adalah cashless, bermakna tuan puan tak perlu keluarkan duit tuan puan dulu dan kemudian baru claim. Bukan semua insurans company pakai system ni. Bagi kami ia agak leceh kerana kena pakai duit sendiri dulu dan baru claim. Sudah pasti claim akan ambik masa, jadi buang duit buang masa kat situ.
Kat hospital anda akan diminta isi TPA atau Third Party Administrator. TPA ni fungsinya sebagai agen antara Syarikat insurans dan hospital yang melibatkan perbelanjaan dan kos perubatan kepada pencarum. Biasanya akan terus lulus (bergantung kepada efiency agen insurans) dan segalanya insurans akan cover.
Ambil Yang Cover Covid
Untuk yang pergi sendiri secara diy, kami sarankan ambik insurans Air Asia ni. Atau sekiranya nak ambik pakej company lain, pastikan yang insurans tu cover covid juga. Walaupun keadaan dah agak ok namun tak salah untuk kita berjaga jaga dan mengambil Langkah berhati hati.
Carilah ejen insurans yang bertanggungjawab dan yang mampu menguruskan keperluan kita sekiranya diperlukan.
(Maklumkan kepada agen destinasi nak pergi, berapa hari pergi, dan tujuan supaya agen ada detail kita dan senang untuk proceed sekiranya berlaku sesuatu).
Ps: tak rugi pun beli travel insurans, memang kita fikir rugi je kalau tak berlaku apa-apa, tapi bayangkan berlaku apa-apa kat sana, puluh -puluh ribu pun tak cukup.
PERHATIAN. KHAS BUAT ANDA. YA, ANDA!!!
PERHATIAN! PERHATIAN! PERHATIAN!
SEMINAR BORONG VIETNAM
Tarikh : 4 Mei 2024 (Bangi, Selangor)
1 Jun 2024 (Johor Bahru)
Waktu : 9 pagi – 4 ptg
Yuran : Normal price RM199
– PROMO RM79 seorang
(termasuk makan sepanjang seminar)
Jika berminat boleh daftarkan diri di link berikut: https://bit.ly/seminarborongvietnam2024
Atau PM kami no telefon anda untuk kami hubungi.
PROMO RAYA sehingga 12 April 2024 sahaja.
P/S: Kami akan share semuanya pada anda dan jika anda rasa tak belajar apa-apa, kita refund 100% wang anda – Itu janji kami.
FAKTA: Seramai 200 orang usahawan telah kami bantu (Idea, konsep, marketing, pencarian produk & bisnes start up) sepanjang tahun 2023