Jalan-Jalan Vietnam Secara DIY

Tips DIY Vietnam - Ini Caranya

Hai gaissss, Untuk tuan puan yang nak ke Vietnam tapi nak pergi sendiri secara diy (solo bagpack orang sekarang cakap), ini tips yang boleh kami share.

Yang pertama, tentukan tarikh anda nak ke sana. Jangan asal murah je terus book. Ada kemungkinan yang tarikh yang anda pilih adalah cuti perayaan kat sana atau cuti sekolah kat sini.

 

Elakkan Musim Perayaan atau Cuti Sekolah

Kalau perayaan kat sana kedai semua akan tutup. Tutup pulak bukan sekejap tau. Biasanya mereka akan cuti seminggu awal dan seminggu selepas hari perayaan tu. Jadi kalau tuan puan datang time macam ni mati kutu la sebab semua tutup.

Sekiranya tuan puan datang waktu cuti sekolah pulak, ramai orang Malaysia akan ke sana. Jadi ada kemungkinan hotel full, restoran packed sampai tak boleh masuk. Tambah tambah kalau anda solo rider, memang diorang takkan layan.

Tips; Walaupun pergi sendiri sila guna agent, kami syorkan Bismillah Tours

Bismillah Tours & Travel

Tiket

Dah lock tarikh kena la beli tiket kan? Kami galakkan anda beli kat website cheapflights.com. Kat situ bukan sahaja anda boleh filter tiket paling murah, anda juga boleh tengok terus secara live update tarikh yang paling murah, waktu bila yang paling murah, dan airline apa yang paling murah. 

Kenapa murah, sebab kita beli guna agent pelancongan yang company airline bagi special price. Kita tak beli direct kat web airline tu, tapi kita akan redirect ke agoda, booking atau trivago.  Caranya sangat simple. Isi je detail anda dan anda akan dapat e tiket melalui emel. Senang kan?

Kalau bab duit, pergi 3 hari 2 malam, bawak 2k dah lebih dari cukup. Cuma nak shopping je la tak cukup 😂

Simcard dan Roaming

Dah sampai kat airport, kami galakkan anda beli simcard Viattel kerana ia berbaloi dengan kegunaan data internet anda di sana. Dengan harga RM78, anda dapat kuota internet 7gb sehari selama sebulan. 

Kalau anda guna roaming, anda kena bayar RM58 untuk seminggu dengan kuota unlimited. Anda je tahu macam mana penggunaan internet, jadi anda tentukan yang mana sesuai untuk anda.

Kadar bayaran dan kuota internet untuk Viettel.

Kadar bayaran dan kuota internet Celcomdigi untuk pas 3 hari negara-negara Asia

Hotel Penginapan

Kalau hotel pulak, kami galakkan anda stay di Nicecy Boutique Hotel. Antara kelebihan hotel tu ialah ada paip air, ada smart tv (built in netflix), ada chiller, ruang yang luas (ada ruang tamu kecik sebelah katil), dan baru saja buat full renovation last year. 

Jadi anda dapat feel stay kat hotel baru. Jarak pun cuma 50 meter dari Malaysian Street. Jadi kalau boring kat hotel, boleh ngeteh kat Jamilah sambil try kopi telur special.  

Nicecy Boutique Hotel – Hotel Mesra Muslim

Lebih kurang 50 meter dari Malaysian Street anda boleh riki riki kasut kat lorong kasut. Kat situ ada jual kasut running, kasut hiking, kasut formal, kasut sukan, kasut basketball dan lain lain.

 

Suasana Lorong Kasut

Ps: minmin minat AJ, jadi trip bulan lepas sempat cuci mata tengok Air Jordan yang takde kat Malaysia. Harganya lebih kurang RM250-RM350, lebih murah dari kat sini yang boleh mencecah RM1.8K.

Kat sebelah lorong kasut tu pulak ada kedai jual luggage. Anda boleh dapat luggage Samsonite atau Universal Travellers dengan harga bawah RM250, kalau kat sini harganya confirm lebih seribu.  

Aktiviti

Untuk aktiviti pulak, minmin cadangkan supaya tuan puan naik Saigon Cruise, Hop on hop off bus, dan Cu Chi Tunnel. Saigon Cruise tu anda akan naik kapal cruise dan menikmati pemandangan HO Chi Minh City pada waktu malam sambil menyelusuri sungai Mekong.

Hop on and off pulak tuan puan akan naik bas tanpa bumbung untuk menikmati pemandangan pada waktu siang. Trip mengambil masa sekitar 45 minit.

Hop On Hop Off Bus

Di Cu Chi Tunnel pulak, anda akan melihat peninggalan sejarah perang dunia kedua di antara US dan Vietnam. Anda berpeluang masuk ke dalam terowong dan menggunakan senjata yang ada kat sana. Kami dah pergi Januari lepas. Satu pengalaman yang menarik buat kami!

Cu Chi Tunnel

Pada waktu malam, lepak la kat Malaysian Street. Jangan risau, anda boleh buat kawan kat sana sebab ramai yang solo rider sama macam anda. Ntah2 kat airport masa cop passport pun dah jumpa kawan baru.

Suasana Malaysian Street Pada Waktu Malam

Makanan

Dari segi makanan, antara yang best kat sini ialah kopi telur, pho, dan banhmi. Rugi la datang Vietnam tapi tak try makanan mereka. Kalau makan siakap, ayam kunyit, telur dadar, tu kat Malaysia pun ada!

Jom Try Kopi Telur Vietnam

Itu saje tips untuk entry kali ni. Jangan lupa 👇👇👇

PERHATIAN. KHAS BUAT ANDA. YA, ANDA!!!

PERHATIAN! PERHATIAN! PERHATIAN!

SEMINAR BORONG VIETNAM 

Tarikh : 4 Mei 2024 (Bangi, Selangor) 

1 Jun 2024 (Johor Bahru) 

Waktu : 9 pagi – 4 ptg 

Yuran : Normal price RM199 ❌❌❌

  – PROMO RM79 seorang 

(termasuk makan sepanjang seminar) 

Jika berminat boleh daftarkan diri di link berikut: https://bit.ly/seminarborongvietnam2024 

Atau PM kami no telefon anda untuk kami hubungi.

PROMO RAYA sehingga 12 April 2024 sahaja. 

P/S: Kami akan share semuanya pada anda dan jika anda rasa tak belajar apa-apa, kita refund 100% wang anda – Itu janji kami.

FAKTA: Seramai 200 orang usahawan telah kami bantu (Idea, konsep, marketing, pencarian produk & bisnes start up) sepanjang tahun 2023

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *