Apa ada kat Russian Market?
Biasanya ramai orang tanya apa ada kat Russian Market ni. Jawapannya, banyak benda yang kita boleh borong kat sini yang telah ready made dan tak melibatkan raw material.
Tapi hati hati sebab pakaian kat sini jenis “tak cukup kain”. Biasanya kalau follow trip, tempat ni last kami pergi sebab tempat ni tak jual pakaian Muslimah, dan tempat ni tempat untuk memuaskan nafsu shopping diri sendiri.
Produk Yang ANDA Perlu Beli Kat Sini
Pakaian Hiking
Buat penggemar aktiviti hiking kat luar sana, ANDA sedang mencari pakaian hiking atau outdoor dengan harga yang mampu milik?. Tahniah! ANDA BERADA DI TEMPAT YANG TEPAT.
Kenapa? Kerana Russian Market adalah syurga pakaian outdoor, bermula dari kepala sampai ke kaki lengkap ada kat sini. Seluar hiking yang biasa kita tengok kat Decathlon berharga 150++, kat sini RM75 pun boleh dapat.
Haaa murah kan… Biasanya peserta kami datang sini terus borong cargo pants dan seluar hiking yang branded.
Pakaian Sukan
Sejak dua menjak ni makin ramai pulak orang suka bersukan. Ada yang buat untuk Kesihatan diri, ada yang ikut trend, ada yang nak ubah kualiti hidup. Ada yang dapat penyakit 3 serangkai, macam macam lagi lah.
Tak kisah anda dalam kategori mana pun, kat sini ada pelbagai jenis pakaian sukan yang sesuai dengan poket anda hehe.
Khas untuk kaki lari sama ada anda geng Leha atau geng Kipchoge, Russian Market merupakan syurga buat anda. Kat sini ada baju training, tracksuit, legging, dan juga sweatpants. Seluar tenis pun ada tau…
Ps; trainer sendiri pun hari tu TERPAKSA borong tracksuit yang sebijik macam Decathlon tu (brand Adidas dan Nike) sebab murah sangat. Dapat la bawak balik 5 6 pasang.
Winter Jacket
Ni antara kelebihan Russian Market yang takde kat tempat lain. Yang mana ada isteri (atau isteri-isteri) yang tengah pujuk suami nak healing kat Switzerland tu, Jom datang Vietnam dulu dan borong winter jacket kat sini.
Apa paling special kat sini?. Ada satu winter jacket 3 in 1* yang ramai orang berebut nak beli! Sampai ada yang bertekak, penjual pun pening nak jual kat sape. Kenapa sampai macam tu sekali?. Sebab kat Malaysia baju macam tu harganya mencecah RM800+, tapi kat sini boleh dapat dalam rm100+ Sahaja. (tak lebih 150).
Terdapat pelbagai variasi winter jacket yang boleh dipilih termasuk design, warna, dan brand. Ada juga kasut winter dan topi winter untuk melengkapkan jacket tu.
*Kenapa 3 in 1, sebab boleh pakai masa summer, winter dan spring
Ps: Doakan minmin dapat pergi ke Switzerland, baru best memborong kat sini.
Pakaian Golf
Rare kan? Biasanya jarang kita dengar orang datang Vietnam semata mata nak borong baju golf. Tapi trip kami tahun lepas ada sanggup datang dari Tawau sebab nak cari pakaian golf.
Alhamdulillah dia dapat apa yang dia nak dan dia jumpa apa yang dia cari. Berkilo-kilo dia borong sampai kami nak uruskan shipping pun pening! Nampaknya setahun dua lagi muncul la Tiger Wood JR kat Malaysia.
Bak kata Shaheizy, WOODEN TIGERRR!
Pakaian Formal
Terdapat juga pakaian office lelaki seperti kemeja formal dan seluar slack yang boleh dibeli satu mahupun borong. Nak tackle awek kena la kemas bro.
BONUS: Selain LIMA produk tu, tu kat sini juga ada jual luggage dan bagpack yang branded dan berkualiti tetapi dengan harga marhaen macam kita hehe. Hari tu trainer bawak balik satu luggage Samsonite (kalau kat Malaysia harganya rm1500+, kat sini kami dapat RM299 JER!!!
Ps: harga yang kami citer ni harga retail tau, harga borong memang jauh beza.
PERHATIAN. KHAS BUAT ANDA. YA, ANDA!!!
PERHATIAN! PERHATIAN! PERHATIAN!
SEMINAR BORONG VIETNAM
Tarikh : 4 Mei 2024 (Bangi, Selangor)
1 Jun 2024 (Johor Bahru)
Waktu : 9 pagi – 4 ptg
Yuran : Normal price RM199
– PROMO RM79 seorang
(termasuk makan sepanjang seminar)
Jika berminat boleh daftarkan diri di link berikut: https://bit.ly/seminarborongvietnam2024
Atau PM kami no telefon anda untuk kami hubungi.
PROMO sehingga 31 Mac 2024 sahaja.
P/S: Kami akan share semuanya pada anda dan jika anda rasa tak belajar apa-apa, kita refund 100% wang anda – Itu janji kami.
FAKTA: Seramai 200 orang usahawan telah kami bantu (Idea, konsep, marketing, pencarian produk & bisnes start up) sepanjang tahun 2023
Produk Yang Anda WAJIB Beli Kat Sini