Betul Ke Ada SCAM Kat Vietnam?

Pencuci kasut di Vietnam

Scam dan Paw di Ho Chi Minh

Kat Vietnam ni kena hati hati dengan scammer atau orang yang nk paw. Antara Teknik scam kat sini adalah cuci kasut, beca, lucky draw, spek mata, dan peminta sedekah. 

Dua scam utama di Ho Chi Minh, terutamanya di Ben Tanh Market dan Malaysian Street ialah cuci kasut dan beca. Modus operandi mereka adalah menawarkan khidmat mencuci kasut atau menaiki beca. Tapi mereka menawarkan harga yang berbeza. Senang cerita “Mula-mula harga lain, dah siap harga lain”.

Cerita salah seorang peserta kami

 Pernah terjadi kepada salah seorang peserta kami. Kebetulan kasutnya kotor dan taknak banyak cerita sebab dah lama orang tu pujuk.  Dia pun cuci lah kasut dengan scammer tu. Harga yang ditawarkan mula-mula 50 ribu dong, dah siap mintak 150ribu dong. Kalau tak bagi dengar la orang tu maki dan orang tu takkan pergi selagi tak bayar. 50 ribu dong pun (RM9.50) dah kira mahal. Mana ada orang nak bayar cuci kasut 150 ribu dong (lebih kurang RM40). 

Ada kes ada yang terpaksa bayar RM100. Boleh buat makan 2 hari tu. Nak tak nak terpaksa la bayar walaupun terpaksa. Pekerja  hotel warga tempatan sendiri pun gelak sakan tengok orang kita kena scam.

Scam beca biasanya berlaku kat sini

RM100 naik beca?

Kalau naik beca pulak, dia mintak 50 ribu dong, Tengah jalan dia mintak harga lain. Kalau tak setuju dia turunkan kat situ jugak dan harga asal tetap kena bayar walaupun tak sampai tempat yang dituju. Kecewa kan? 

Kawasan utama mereka adalah di depan Menara jam Pasar Ben Tanh kerana di situ tempat tumpuan pelancong dari seluruh dunia. 

Sebenarnya mereka target pelancong yang tak kisah kena bayar asalkan dapat naik beca. Mereka fikir ada duit nak datang Vietnam mesti ada duit nak naik beca. Dalam 10 orang yang reject takkan takde sorang yang nak. Yang sorang tu la yang mereka cari. Yang sorang tu la yang balik modal hehe. 

Kayuh tak seberapa tapi dapat RM40 (mereka minta 100 ribu atau 150 ribu dong. Tambahan pula tak biasa dengan exchange rate. Memang bawak duit banyak, jadi kita anggap tu sikit), sehari dapat 2 3 orang kaya woi.

Penjual loteri di Vietnam

Pernah main loteri?

Yang ketiga adalah lucky draw atau loteri.  (di tempat kita macam nombor 4d atau toto kot). Mereka akan paksa beli dan kalau kita senyum je walaupun tak beli, dia akan follow sampai ke sudah. 

Tapi berdasarkan nasihat bijak bos saya, dia yang jual tu pun tak kaya. Macam mana dia expect kita akan kaya kalau beli dengan dia?

Scam kaca mata

Untuk scam spek mata pulak, mereka akan bawak satu board yang penuh dengan spek mata. (kat sini  kita boleh compare dengan orang yang bawak batu cincin tu). Kemudian mereka akan test spek tu kat muka kita. Apabila kita layan atau buat-buat try spek tu, dia akan tunggu atau follow sampai kita beli.

Harganya agak mahal iaitu sekitar 100 ribu dong. (rule of thumb di Malaysia Street, lebih dari RM10 dianggap mahal, cari tempat lain). Ada jugak yang bawak topi, tapi tak ramai sebab kat tepi jalan dah ramai jual topi. Kalau beli pun tak dianggap kena scam sebab harganya biasanya RM10 dapat 2 (bucket hat).  Berbaloi tu.

Sebagai tambahan kepada scam spek mata tadi, jangan try kacang yang diberi. Tu bukan free trial ya, sekali dah try, dia akan follow dan paksa beli kacang tu. Kalau sedap takpe, kalau tak sedap macam mana?. Merana la badan hehe.

 

Pengemis jalanan di Vietnam

Buat Muka Sedih? Jangan Terpedaya

Last sekali, jangan bagi derma kat peminta sedekah. Walaupun mereka pujuk atau buat muka sedih. Buat tak tahu je. Kenapa? Sebab bila dah bagi kat sorang peminta sedekah, peminta sedekah yang lain Nampak dan akan berkerumun kat kita nak jugak. Dan mereka tak kan blah selagi tak bagi. 

Kebanyakkan kita akan tukar duit, duit yang paling kecik biasanya 10 ribu dong. Bayangkan kalau kena bagi kat setiap orang, kalau 10 orang dh 100 ribu dong (sekitar RM19), banyak tu. Kat Malaysia pun kita tak bagi sedekah RM20. Paling tinggi pun RM5 kat orang buta yang jual tisu kat Ameer Ali (mamak popular di Bangi).

Okay, itu saja tips kali ni, jangan lupa jumpa lagi dalam blog akan datang dengan tips tips terbaru dari kami.

PERHATIAN.
KHAS BUAT ANDA. YA, ANDA!!!

PERHATIAN! PERHATIAN! PERHATIAN!

SEMINAR BORONG VIETNAM 

Tarikh : 4 Mei 2024 (Bangi, Selangor) 

1 Jun 2024 (Johor Bahru) 

Waktu : 9 pagi – 4 ptg 

Yuran : Normal price RM199 ❌❌❌

  – PROMO RM79 seorang 

(termasuk makan sepanjang seminar) 

Jika berminat boleh daftarkan diri di link berikut: https://bit.ly/seminarborongvietnam2024 

Atau PM kami no telefon anda untuk kami hubungi.

PROMO sehingga 31 Mac 2024 sahaja. 

P/S: Kami akan share semuanya pada anda dan jika anda rasa tak belajar apa-apa, kita refund 100% wang anda – Itu janji kami.

FAKTA: Seramai 200 orang usahawan telah kami bantu (Idea, konsep, marketing, pencarian produk & bisnes start up) sepanjang tahun 2023

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *