TIGA Pengangkutan Utama di Vietnam

Nak pergi mana-mana kat Vietnam mesti la naik kenderaan kan, so di Vietnam ni ada 3 jenis kenderaan yang boleh kita guna. Dalam masa 2 minit, anda akan mahir cara nak bergerak di Ho Chi Minh. Begini caranya;

Bas dan grab merupakan pengangkutan utama di Ho Chi Minh

1. Bas

Kalau datang berkumpulan  sesuai naik bas (No 152)  sebab bas tu confirm stop kat Ben Tanh Market (kalau pakai pakej, naik la bas pakej anda tu*). Kat sana nanti, konduktor atau driver akan cakap “Malaysia you down!” Maksudnya orang Malaysia turun kat situ. Kalau sorang sorang pun naik bas tu dulu kemudiannya dah sampai Malaysia Street baru book Grab nak pergi mana.

Nak lagi senang, hari pertama tu ronda ronda Malaysian Street tu dulu, makan Pho, banh mi, kopi telur, bingka ubi kayu Pak Hamid, urut kaki dulu, keesokkan harinya baru lawat tempat lain. Harganya lebih kurang RM1 (5 ribu Dong).

*kami recommend Bismillah Tours

Ini lah bas yang kita boleh naik kalau kita ke Vietnam

2. Teksi Vinasun

Yang kedua adalah teksi, yang ni paling kami tidak galakkan kerana harganya sekitar 15USD atau RM70 (dari TSN Airport ke Pasar Ben Tanh).  Elakkan naik pada waktu puncak kerana kat sini bukan kira  berapa jauh tapi berapa lama. Jarak tak sampai pun 10km (jarak sebenar lebih kurang 7km) tapi boleh ambik masa kira-kira 2 jam pada waktu puncak (buang masa).

Teksi Vinasun

3. Grab (kereta dan motor)

Yang ketiga dan yang paling kami galakkan (sekiranya datang sendiri atau diy) ialah guna Grab. Kat sini ada 2 jenis grab iaitu kereta dan motor. Mereka pakai app yang sama seperti yang kita pakai kat Malaysia. Kelebihannya grab ni 2 kali ganda lebih murah dari teksi dan cashless, kekurangannya pulak kita tak boleh pilih siapa driver kita.

Kalau yang bawak motor tu amoi ok la tapi kalau ahso macam mana, bayar je lah dan suruh dia jalan. Grab sesuai diguna pada waktu puncak kerana walau pun jem, harga tak berubah, kita pun selesa dalam aircond. Sampai Malaysian Street terus shopping, atau sampai hotel terus baring layan Netflix.

Grab kereta dan motor di Vietnam

Keadaan trafik di Vietnam agak sesak dan jem terutamanya pada waktu puncak. Tengok gambar kat bawah ni, ni gambar Ho Chi Minh bukan pada waktu puncak, iaitu waktu biasa (sekitar 10 pagi). Tu belum campur lagi kalau hujan dan eksiden (jarang berlaku).

Biasa la tu sebab Vietnam ni negara membangun dan belum ada system pengangkutan yang efisien, tiada highway dan tiada komuter. Jadi bersyukurlah, walaupun kita setiap hari pun menghadap jem, tapi taklah seteruk seperti di Vietnam.

Keadaan trafik di Ho Chi Minh ketika bukan waktu puncak

Kat Malaysia takkan nampak macam ni

Tengok tu! Sesak dan padat kan. Kalau waktu puncak, anda boleh tengok kat kaki lima pun diorang balun lalu macam takde apa apa. Trip Februari hari tu pertama kali kami berpeluang tengok selamba je driver u-turn kat jalan sehala. Satu pengalaman yang unik buat kami.

Ps; kami sendiri pun teruja sebenarnya sebab walaupun dh 10 tahun kami ulang alik ke sini, banyak peristiwa unik yang berlaku, setiap trip tu berbeza dan banyak pengalaman baru yang kami dapat.

Betul la kata orang, “jauh perjalanan luas pemandangan”.

Okay tu je lah yang sempat kami kongsikan untuk entry kali ni. Jangan lupa komen pengalaman anda Ketika berada di Vietnam.

PERHATIAN. KHAS BUAT ANDA. YA, ANDA!!!

PERHATIAN! PERHATIAN! PERHATIAN!

SEMINAR BORONG VIETNAM 

Tarikh : 4 Mei 2024 (Bangi, Selangor) 

1 Jun 2024 (Johor Bahru) 

Waktu : 9 pagi – 4 ptg 

Yuran : Normal price RM199 ❌❌❌

  – PROMO RM79 seorang 

(termasuk makan sepanjang seminar) 

Jika berminat boleh daftarkan diri di link berikut: https://bit.ly/seminarborongvietnam2024 

Atau PM kami no telefon anda untuk kami hubungi.

PROMO sehingga 31 Mac 2024 sahaja. 

P/S: Kami akan share semuanya pada anda dan jika anda rasa tak belajar apa-apa, kita refund 100% wang anda – Itu janji kami.

FAKTA: Seramai 200 orang usahawan telah kami bantu (Idea, konsep, marketing, pencarian produk & bisnes start up) sepanjang tahun 2023

JOM, TerusFly Bersama Kami.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *