Perbezaan KLIA dan Tan Son Nhat yang anda PATUT tahu
Jika nak bercakap pasal airport, sudah pasti kedua dua airport tersebut mempunyai kelebihan masing masing. Sebelum tu, kami akan terangkan dulu macam mana nak ke KLIA sekiranya anda join trip kami. Cara yang paling simple adalah drop off, tak kisah la sama ada by grab atau family member yang hantarkan.
Yang kedua ialah datang dengan ERL, parking di station ERL terdekat dengan rumah anda dan naik ERL. Pakai touch n go je, tak sampai rm10 sehari untuk parking dan lebih kurang rm8 untuk tiket ERL. Cara ini lebih murah berbanding drive sendiri dan parking di KLIA.
ps; dalam situasi kami, kami parking di ERL Salak Tinggi, lebih kurang 32KM dari Bangi, dan ada kedai makan berdekatan station, so kami akan gerak ke sana dalam pukul 7 pagi dan breakfast dulu.
Kami parking kat sini
Di KLIA, kita akan berkumpul di lobi terminal pelepasan berhampiran Starbucks. Kat sini ada manual kiosk yang anda boleh guna jika anda terlupa nk check in, nk print ticket fizikal atau nk print sticker luggage. Dalam 50 meter sebelah KK Mart ada surau sekiranya anda ambik flight awal pagi.
Suraunya agak selesa dan luas tetapi sesak pada waktu subuh kerana waktunya singkat dan ramai pula penumpang.
Ni la surau KLIA.
Kita akan berkumpul kat sini
Kalau nk tapau or dine in, makan kat sini sebab bila dh lepas security check post, harganya agak mahal. Kat security check, kami sarankan anda pakai t shirt dan seluar track je kerana kalau anda pakai seluar slack, anda kena tanggalkan belt, kalau seluar ngam ngam takpe, kalau seluar oversize, terpaksa pegang hehe.
Dh lepas security check, anda akan berjalan lebih kurang 500m untuk smpai ke gate K. Saya galakkan anda untuk guna je la travelator tu atau kalau anda warga emas atau OKU, pihak KLIA ada sediakan buggy untuk anda.
Sepanjang perjalanan ke gate anda, terdapat pelbagai kemudahan seperti kedai, kiosk air layan diri, toilet dan lain lain. Dalam pesawat nanti ada crew yang akan jual makanan dan harganya agak reasonable, terpulang nak beli ke tak. Latest trip, admin makan California Pizza, harganya RM19 dan kita boleh mintak crew panaskan. Best kan…
Ni antara makanan yang ditawarkan di dalam penerbangan Air Asia.
Kat Tan Son Nhat International Airport, sediakan air jika ke toilet kerana toilet kat sana takde paip atau bidet. Suasananya agak sesak dan sedikit panas. Anda perlu beratur untuk pemeriksaan kastam lebih kurang sejam kerana airport di sana masih menggunakan sistem manual. Jangan risau pegawainya semua baik baik.
Ni la Terminal Tan Son Nhat International Airport.
Kemudian anda akan turun eskulator di sebelah kiri untuk ambik luggage dan beli simcard. Keluar terminal, ambik kanan kerana kat situ bas kita dah sedia menunggu ketibaan kita. Tips: pakai sunblock atau bucket hat sebab cuacanya panas, sama macam Malaysia tapi takde awan. Berkicap woi.
PS; Airport TSN tak mengguna pakai system scan qr atau barcode. Anda boleh check in secara online tetapi mereka nak tengok physical ticket. Jangan risau, masa kat kaunter nanti mereka akan printkan.
Kawasan Pemeriksaan Kastam dan Keselamatan.
(PERINGATAN) Kawasan ini adalah kawasan larangan kamera, tidak dibenarkan ambik gambar atau rekod video, kalau dia nampak dia akan suruh kita clear semua dalam gallery.
Jom kita recap balik apa perbezaan kedua-dua airport tu;
- KLIA ada paip dan juga surau, TSN takde
- KLIA pakai system automatic scan untuk passport, TSN cop manual
- KLIA pakai system centralised aircond, TSN ada tempat yang pakai kipas je
Itu sahaja serba sedikit info pasal airport kat Malaysia dan Vietnam. Dapat la ilmu sikit kan supaya anda tahu apa nak buat apabila sampai kat airport. Jangan risau, kami boleh bantu kalau anda perlukan bantuan. Untuk maklumat lanjut dan promo terkini, lawati kami di SINI.
BONUS: Cuaca di Malaysia panas tetapi ada masanya mendung atau berawan, di Vietnam panas tapi hampir tiada awan, jadi haba tu direct kena kat kita.
Tips: pakai la sunblock, payung, atau bucket hat. Jangan risau, tak pelik pun bawak payung kat sana.
PERHATIAN. KHAS BUAT ANDA. YA, ANDA!!!
PERHATIAN! PERHATIAN! PERHATIAN!
SEMINAR BORONG VIETNAM
Tarikh : 4 Mei 2024 (Bangi, Selangor)
1 Jun 2024 (Johor Bahru)
Waktu : 9 pagi – 4 ptg
Yuran : Normal price RM199
– PROMO RM79 seorang
(termasuk makan sepanjang seminar)
Jika berminat boleh daftarkan diri di link berikut: https://bit.ly/seminarborongvietnam2024
Atau PM kami no telefon anda untuk kami hubungi.
PROMO sehingga 31 Mac 2024 sahaja.
P/S: Kami akan share semuanya pada anda dan jika anda rasa tak belajar apa-apa, kita refund 100% wang anda – Itu janji kami.
FAKTA: Seramai 200 orang usahawan telah kami bantu (Idea, konsep, marketing, pencarian produk & bisnes start up) sepanjang tahun 2023
Sedikit Preview Untuk Anda