10 Perkara yang ANDA Wajib Tahu Sebelum
Ke Vietnam
Kat sini kami kongsikan apa yang anda kena prepare sebelum bertolak ke Ho Chi Minh. Sebab bukan semua orang tahu apa yang perlu mereka perlu buat. Ada yang first time fly, ada yang dh banyak kali fly tapi first time pergi Vietnam, macam macam la. Jadi ini adalah panduan ringkas khas buat anda. Yang banyak kali repeat trip pun boleh baca takut takut terlupa.
Ps; kami trainer pun kadang kadang ada benda yang kami terlepas pandang, tak bawak charger la terlupa bawak kabel la dll
KHAS BUAT PESERTA TRIP
Satu minggu sebelum bertolak ke Vietnam, kami akan create satu group Whatsapp untuk memberi maklumat berhubung trip untuk bulan tersebut. Sila maklumkan kepada kami produk apa yang ingin dicari, misalnya kain pasang (material apa), tudung (design apa, pilihan warna dll), supaya senang pihak kami menyusun tentatif. Juga maklumkan alahan makanan, penyakit (jika ada), dan vegetarian atau tidak.
Ps; Group tu jugak kami pakai untuk check attendance, pada hari berlepas, setiap peserta akan tick nama masing-masing kat dalam group tu.
Berikut merupakan checklist yang akan kami berikan kepada para peserta lebih kurang seminggu sebelum berlepas supaya peserta boleh bersedia dan prepare apa yang patut.
NO | ITEM | CHECKLIST (✓) |
1 | PASSPORT DAN TIKET | |
2 | WANG | |
3 | KAD ATM | |
4 | LABEL / SAMPLE | |
5 | PAKAIAN | |
6 | LUGGAGE | |
7 | SIM/ROAMING | |
8 | CHARGER/KABEL | |
9 | EXTENSION/ UNIVERSAL ADAPTER | |
10 | MAKANAN/UBAT |
1.PASSPORT DAN TIKET
Pastikan tempoh sah laku passport melebihi enam bulan. Sekiranya tempoh sah laku kurang dari enam bulan, anda tidak dibenarkan menaiki penerbangan. Para peserta kami tidak mengalami masalah passport kerana satu minggu sebelum bertolak, kami akan memohon butiran passport untuk tujuan insurans diri. Sekiranya kami dapati tempoh sah laku passport peserta kurang dari enam bulan, kami akan maklumkan kepada peserta supaya peserta dapat memperbaharui passport sebelum bertolak. Pembaharuan boleh dilakukan di mana-mana UTC dan pejabat imigresen terdekat dan prosesnya tidak mengambil masa yang lama.
24 jam sebelum bertolak, pastikan butiran pada tiket dan insurans diri adalah tepat, check-in dahulu secara online di https://www.airasia.com/check-in. Jika ada luggage, print sticker luggage di kiosk KLIA2. Tak biasa? TAKPE KAMI ADA!
Ps; kalau print sticker luggage, anda akan dapat tiga tag untuk setiap luggage, ambil tag tu dan tampal satu kat luggage, satu kat tiket, dan satu lagi tinggalkan kat situ.
2.WANG
Peserta digalakkan menukar wang terlebih dahulu di Malaysia (lebih kurang RM250) sebagai wang saku untuk digunakan di Vietnam. Dong Vietnam boleh digunakan di Tan Son Nhat Airport untuk membeli air, roti sebagai alas perut, gerai jalanan, Russian Market, dan lain-lain.
Sekiranya tidak cukup atau terlupa, boleh juga tukar dengan pihak kami atau boleh tukar sendiri di kedai emas di Malaysian Street.
Jumlah yang dibenarkan dibawa bersama adalah tidak lebih daripada 10 ribu USD atau 247 Juta Dong (RM47 Ribu). Sila asingkan kepada beberapa sampul, misalnya setiap sejuta dong diasing dalam satu sampul, jadi 10 sampul berjumlah 10 juta dong. (ingat jumlah wang dan sampul). Yang follow seminar akan tahu kenapa kena asingkan.
Ps; kat sana nanti sebaiknya bayar mengikut harga yang dipamer (bergantung kepada tempat). Elakkan peniaga mengambil kesempatan dalam pertukaran mata wang. *SEKIRANYA PAKAI CASH*
3.KAD ATM
Aktifkan international transaction supaya anda boleh menggunakan perkhidmatan ATM dan online Ketika berada di luar negara. Anda juga digalakkan menggunakan kad dan app Wise untuk melancarkan transaksi. Transaksi boleh dilakukan secara tunai (Dong atau Ringgit), Online Transfer (M2U), dan Wise/BigPay.
4.LABEL/SAMPLE
Sila bawa sample produk yang ingin dibeli. Ia meliputi material, sizing, design, dan warna. Ia akan memudahkan proses memborong di sana.
Perlu diingatkan juga bahawa peserta yang ada label, sila buat label siap-siap di Malaysia dan bawa ke sana. Jika sudah ada label, dalam masa 24 jam produk yang sudah siap berlabel akan dihantar ke lobi hotel, jadi boleh bawa balik dan terus jual. Senang kan.
5.PAKAIAN
Bawa pakaian yang ironless dan selesa. Hotel tidak menyediakan iron dan cuaca di sana amatlah panas. Pakai pakaian yang bersesuaian dan selesa kerana kita akan berjalan sepanjang hari dan ada tempat yang perlu tanggalkan kasut dan ada tempat yang tiada aircond.
Jika terlupa bawa, takpe boleh beli kat sana!
Ps; dulu ada kes penyewa bawak balik iron, mungkin sebab tu kebanyakkan hotel dah tak sediakan iron…
6.LUGGAGE
Bawa luggage yang bersesuaian. Tidak perlu bawa luggage yang besar kerana trip hanyalah 3 hari 2 malam Sahaja. Bawa sekadar mencukupi Sahaja dan barang yang dibeli kebiasaannya guna shipping. Had berat luggage hanyalah 20KG Sahaja dan tidak berbaloi untuk menambah add-on untuk check-in luggage. Harganya sama mahal dengan tiket pergi balik Vietnam! Luggage juga boleh dibeli disana dengan harga yang amat murah kerana Vietnam adalah antara pengeluar luggage utama di Asia. Setakat Samsonite dan Universal Travellers tu bawah 200 pun boleh dapat.
Ps; Harga add-on adalah RM70* per KG, bayangkan kalau anda nak add on 10KG!
*Rate Air Asia
7.SIM/ROAMING
Perhatian kepada para peserta yang pertama kali ke luar negara, diingatkan untuk mengaktifkan roaming di Malaysia (kami akan ingatkan di KLIA2) kerana jika sudah berada di Vietnam dah tak boleh dah. Untuk yang memerlukan kuota data yang tinggi untuk Tiktok live atau update Insta, kami menyarankan anda untuk membeli simcard tempatan (unlimited, jauh lebih murah, dan tempoh sah lebih lama berbanding roaming). Ni contoh roaming yang trainer pakai:
Bagi kami, pakej ni pun dah berbaloi sebab kami tak buat live, tengok tiktok dan Netflix pakai wifi hotel, dan kami transfer video dan gambar pakai airdrop je. Tapi bagi yang selalu buat video call (nak tunjuk produk kat pelanggan atau pilih baju kat mak), atau update stories kat IG atau tiktok, kami galakkan beli simcard tempatan seperti Viettel (berharga 400 ribu Dong untuk 7GB sehari sah selama satu bulan).
Ps; Kami rasa 7GB sehari lebih dari cukup, belum pernah lagi kami jumpa peserta dapat habiskan kuota tu. Kami sendiri pun tak habis 2GB tu. Tips: Jangan bukak IG.
8.CHARGER/KABEL
Terlupa bawak charger atau kabel pun boleh bawak gaduh tau. Masa free and easy (tiada aktiviti, buat hal sendiri) amatlah singkat, jadi takde masa nak share charger atau kabel. Bos Fadzli lagi la pening nak charge mic, Iphone, tab dll. Jika terlupa bawa, depan hotel ada tempat yang menjual aksesori telefon tetapi bersedialah dengan bayaran yang agak mahal.
Pro Tips; beli kabel je dan charge kat tv hehe.
9.EXTENSION/ TRAVEL ADAPTER
Pastikan tuan puan bawa extension dan juga travel adapter (sekiranya perlu) kerana soket di sana tidak sama dengan soket di Malaysia. Tiada masalah sebenarnya untuk peserta trip kerana hotel yang kami book menyediakan soket sama seperti di Malaysia dan soket juga banyak. Tips ni khas untuk tuan puan yang pergi secara DIY, atau perlu mengecaj peralatan tuan puan di tempat selain daripada hotel di Malaysian Street. Semasa memborong bateri pulak low, kabel mungkin boleh pinjam dengan staf kedai, tetapi kepala charger pulak tak sama. Pening!
Ps; admin sendiri pakai yang kanan tu, beli kat Mr DIY.
10.Makanan/ Ubat
Peserta digalakkan bawa makanan alas perut seperti roti, kacang, jajan dan sebagainya untuk dimakan semasa memborong kerana di sana susah nak cari makanan halal. (ps; kami sendiri pun bawak cloud 9 dalam beg).
Namun usah khuatir jangan risau usah bimbang, kami menyediakan breakfast, lunch, dan dinner kepada para peserta. Kami jugak belanja air teh special Vietnam semasa memborong. Seperti kata peserta kami yang pernah follow trip, “Ikut trip ni memang tak sempat rasa lapar, takkan kebulur la kat sini”. Makanan pun menepati citarasa rakyat Malaysia, tak rasa yang kita berada kat Vietnam. Bayangkan Kat Tengah-tengah bandar Ho Chi Minh tu kita makan nasi putih, siakap stim, ayam goreng kunyit, keropok, ayam panggang madu, dah rasa macam kat Malaysia dah.
Peringatan:
Kepada warga emas dan individu berpenyakit, jangan lupa bawa ubat yang perlu seperti ubat darah tinggi, kencing manis, migrain, dan sebagainya. Kami juga menyediakan pil asas seperti Paracetamol, Soluble, minyak angin, dan lain-lain.
Sebelum bertolak ke airport, pastikan anda telah tick semua checkbox di atas.
Jika anda berminat atau ingin tahu lebih lanjut, boleh klik SINI.
PERHATIAN! PERHATIAN! PERHATIAN!
SEMINAR BORONG VIETNAM
Tarikh : 4 Mei 2024 (Bangi, Selangor)
1 Jun 2024 (Johor Bahru)
Waktu : 9 pagi – 4 ptg
Yuran : Normal price RM199
– PROMO RM79 seorang
(termasuk makan sepanjang seminar)
Jika berminat boleh daftarkan diri di link berikut: https://bit.ly/seminarborongvietnam2024
Atau PM kami no telefon anda untuk kami hubungi.
PROMO sehingga 31 Mac 2024 sahaja.
P/S: Kami akan share semuanya pada anda dan jika anda rasa tak belajar apa-apa, kita refund 100% wang anda – Itu janji kami.
FAKTA: Seramai 200 orang usahawan telah kami bantu (Idea, konsep, marketing, pencarian produk & bisnes start up) sepanjang tahun 2023